VIRUS INFLUENZA


VIRUS INFLUENZA

Terdapat 3 Jenis virus influenza iaitu A,B dan C. Ketiga-tiga ini boleh menjangkiti manusia. Virus influenza A adalah paling berbahaya kerana boleh menjangkiti haiwan dan manusia. Virus influenza A boleh menjalani mutasi (perubahan genetik) dan menghasilkan virus influenza jenis baru yang lebih berbahaya. Ini akan mencetuskan kejadian epidemik dan pandemik influenza.

Virus influenza tersebar melalui titisan cecair dari mulut dan hidung ketika bercakap, bersin atau batuk. Virus ini seterusnya masuk ke dalam badan melalui saluran pernafasan.





APAKAH RAWATAN BAGI INFLUENZA?

Tiada rawatan khusus untuk influenza. Rawatan yang diberikan adalah rawatan simptomik sahaja.
Anda dinasihatkan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:
Ø  Mengambil ubat demam seperti paracetamol untuk melegakan demam dan sakit kepala.
Ø  Minum air atau minuman suam bagi melegakan sakit tekak dan batuk
Ø  Amalkan pemakanan seimbang dan tidur atau rehat yang secukupnya
Ø  Hindarkan stres kerana ini akan melemahkan sistem pertahanan badan
Ø  Jika tanda dan gejala berlarutan atau tambah teruk dapatkan rawatan di klinik atau hospital.


BAGAIMANA JANGKITAN INFLUENZA BOLEH DIELAKKAN DARI MEREBAK?

    I.        Jika anda bersin atau batuk
·        Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan
·        Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah
·        Jangan berkongsi sapu tangan
·        Basuh tangan dengan sabun selepas batuk dan bersin. Juaga basuh tangan dengan bersih setelah menyentuh bahan mentah, permukaan tercemar, muka, hidung, telinga dan lain-lain anggota badan.
 II.        Pakai penutup mulut dan hidung (mask)
·        Untuk mengelakkan jangkitan influenza
III.        Elakkan dari berada di tempat-tempat awam
·        Jika anda dijangkiti influenza