Sejarah Prostar SMKIE

AL KISAH ~
Pada tahun 2007, Bulan Jun, Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas telah mewujudkan sebuah kelab yang diberi nama "KELAB PROSTAR SEKOLAH".  Ia diperkenalkan oleh Pengetua SMKIE terdahulu dan merupakan kelab yang paling aktif di sekolah. Kelab ini juga turut mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada pelajar sekolah kerana terdiri daripada pelbagai kaum.




Pengenalan Prostar

Singkatan bagi Program Sihat Untuk Remaja. Dahulunya program ini dikenali sebagai Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja. Program ini dilaksanakan khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sokongan dan kerjasama pelbagai agensi berkaitan. Tujuan utama program ini dilaksanakan ialah untuk memperkasakan remaja melalui peningkatan tahap pengetahuan dan perubahan tingkahlaku remaja ke arah amalan cara hidup sihat.

Konsep

Berkonsepkan "Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja". Remaja digerakkan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah mempromosikan cara hidup sihat.



Formula yang perlu dipegang oleh Ahli Kelab Prostar


TAMBAH MAKLUMAT
  • Maklumat komprehensif mengenai cara hidup sihat.
  • Isu-isu sosial yang berkaitan.
  • Kemahiran berkomunikasi.
  • Perancangan program.
  • Tingkahlaku yang berisiko.

BAHAGI TANGGUNGJAWAB
  • Belajar menghargai maklumat-maklumat yang diperolehi dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan sahabat handai.

GANDAKAN USAHA
  • Rasa prihatin yang terhasil melahirkan kesedaran untuk remaja menerajui usaha giat memerangi amalan yang tidak sihat di kalangan rakan sebaya.

TOLAK RISIKO
  • Akhirnya wujudlah keupayaan menangkis tingkahlaku berisiko dan pengaruh gejala negatif di kalangan rakan sebaya, remaja lain dan komuniti.

HIDUP SIHAT


SASARAN
1. KUMPULAN SASARAN.
    -Remaja berumur 13 hingga 25 tahun terdiri daripada:

  • Remaja sekolah
  • Remaja lepasan sekolah
  • Remaja "harapan" iaitu remaja yang bermasalah atau terlibat dengan aktiviti berisiko seperti masalah disiplin, penyalahgunaan substans, lari dari rumah dan lain-lain tingkahlaku yang dianggap berisiko.
  • Remaja dari golongan marginal seperti GRO, pekerja seks, homoseksual dan transeksual.

2. TINGKAHLAKU YANG DISARANKAN.
     -Amalan cara hidup seperti:

  • Tidak merokok.
  • Tidak minum minuman keras.
  • Pupuk Minda Sihat.
  • Melakukan aktiviti fizikal.
  • Makan secara sihat.

STRATEGI

1.     Pengukuhan jaringan kerjasama pelbagai agensi.
2.     Pendekatan komunikasi secara intensif.
3.     Promosi.
4.     Latihan.
5.     Kelab PROSTAR

AKTIVITI

1.     Promosi kesihatan.
2.     Aktiviti ekonomi.
3.     Latihan
4.     Kesenian dan kebudayaan.
5.     Rekreasi.
6.     Komunikasi.
7.     Khidmat sosial.