Ruangan FAQ

ISI BUKU FAQ

Soalan: Mengapa sukar untuk membendung gejala-gejala sosial di negara kita yang semakin berleluasa?
Jawapan: (1) Kurang didikan agama dan kasih sayang sesama ahli keluarga. (2) Ibu bapa kurang mengambil berat tentang anak-anak mereka. (3) Masyarakat lebih mengutamakan kemewahan dunia tanpa mengambil peduli keadaan negara. (4) Pengaruh rakan yang sebaya yang tidak bermoral.

Soalan: Bagaimana seseorang itu menghidarkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial?
Jawapan: 1. Bijak memilih rakan. 2. Sering berjumpa dengan guru kaunseling jika menghadapi masalah. 3. Menguatkan ilmu agama di dalam diri. 4. Sentiasa berfikiran positif.


Soalan: Bagaimana ingin menasihati rakan-rakan yang merokok?
Jawapan: Sentiasa menasihati mereka tentang kesan dalam diri apabila merokok dan memberikan galakan untuk mereka berhenti merokok. Menunjukkan mereka amalan-amalan yang boleh dicontohi.


Soalan: Apakah yang anda buat jika ternampak seseorang dibuli di sekolah?
Jawapan: Segera memberitahu guru disiplin tentang kejadian tersebut. 


Soalan: Kawan anda mengalami keracunan makanan di sekolah. Apakah yang anda akan buat jika anda berada di tempat kejadian?
Jawapan: Memanggil beberapa orang kawan untuk mengangkatnya  ke bilik rawatan. Menyuruh rakan-rakan lain melaporkan kepada guru dan menelefon ibu bapanya untuk memaklumkan masalah anak mereka hadapi.


Soalan: Bagaimana mengekalkan kesihatan dalam diri?
Jawapan: Sentiasa bersenam setiap hari. Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Menjaga pemakanan harian.


Soalan: Mengapa kadar kematian penyakit  demam denggi semakin meningkat sejak kebelakangan ini?
Jawapan:
Persekitaran tempat tinggal yang kotor. Kurang menitikberatkan tentang kebersihan dalam kehidupan seharian. 



Soalan: Jika rakan anda minum arak. Apakah yang anda buat?
Jawapan: Mengingatkan dia tentang keburukan yang bakal di hadapi. Memberitahu ibu bapa dia dan menghalang dia daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat. Sentiasa menasihati tentang tujuan hidup di dunia.