ROKOK

ROKOK

Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.





MENGAPA SESEORANG ITU MEROKOK?

ü  Ingin menonjolkan imej yang anggun dan hebat.
ü  Ingin melambangkan telah dewasa dan berjaya.
ü  Ingin mencuba sesuatu yang baru.
ü  Mengikut tingkah laku ibu bapa.
ü  Pengaruh rakan sebaya.
ü  Pengaruh iklan merokok.
ü  Berkemampuan untuk membeli.
      ü Mudah diperolehi.



KESAN MEROKOK

1.      Merokok adalah langkah pertama ke arah:
Ø  Penyalahgunaan dadah - 100% bermula
Ø  Minum alkohol – 90% bermula
2.      Masalah disiplin sekolah
Ø  Ponteng
Ø  Vandalisme
Ø  Gengterisme
3.      Menjejaskan prestasi akademik dan kokurikulum.
4.      Stamina menurun dan kurang minat dalam aktiviti sukan sekolah.
5.      Menjejaskan penampilan diri
Ø  Selekeh
Ø  Comot
6.      Menghidap penyakit-penyakit akut
Ø  Penyakit gusi
Ø  Jangkitan saluran pernafasan
7.      Menghidap penyakit-penyakit kronik
Ø  Kanser paru-paru
Ø  Bronkitis
Ø  Emfisima
Ø  Kanser Kerongkong
8.      Mempercepatkan proses penuaan
Ø  Kulit berkedut dan rambut beruban
9.      Menjejaskan kesuburan lelaki dan perempuan.
10. Pendek umur.




KEBAIKAN APABILA TIDAK MEROKOK

~        Cemerlang dalam akademik.
~        Lebih cergas dan berstamina.
~        Sihat dan terhindar daripada pelbagai risiko penyakit.
~        Sentiasa ceria dan disenangi oleh orang lain.
~        Lebih segak dan matang.
~        Berketerampilan dan keyakinan diri yang tinggi.
~        Perwatakan yang menarik.





TIPS UNTUK BERHENTI MEROKOK

a)     Pelajarilah tentang bahaya merokok.
b)    Umumkan keputusan anda untuk berhenti merokok kepada semua orang.
c)     Buangkan semua barangan yang ada kaitan dengan rokok, contohnya tempat abu rokok, pemetik api dan sebagainya.
d)    Minumlah banyak air untuk membuang toksid dalam badan anda.
e)     Makanlah lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan ketagihan anda pada nikotin.
f)      Hiduplah secara aktif, kegiatan sukan akan membantu melancarkan aliran darah seluruh tubuh. Senaman juga boleh mengimbangkan suhu dan ketangkasan anggota tubuh badan. Bersenamlah kerana ia satu amalan yang baik.
g)     Elakkan tempat di mana merokok menjadi satu kebiasaan. Tempat-tempat seperti kelab malam, pusat karoeke dan bar.
h)    Belajarlah menolak tawaran merokok. Cuba untuk tidak merokok langsung.




Islam menekankan kepada setiap umatnya supaya memelihara kesihatan dan rohani. Setiap benda yang apabila digunakan mendatangkan kemudharatan kepada manusia adalah DIHARAMKAN!

Jauhi ROKOK!!!
Sayangi Diri anda dan orang lain!!!