PEMAKANAN YANG SIHAT

APAKAH DIA PEMAKANAN YANG SIHAT?

·        Makanan pelbagai jenis makanan, supaya tubuh kita memperolehi kesemua zat makanan yang diperlukan.
·        Makanan mengikut keperluan.
·        Makanan lebih sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijiran penuh untuk menambah pengambilan serat.
·        Mengurangkan pengambilan lemak, gula dan garam.

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA.

PANDUAN UNTUK MENIKMATI PELBAGAI JENIS MAKANAN.

Ø  Makanan berpandukan Piramid Makanan Malaysia.
Ø  Pelbagaikan jenis makanan daripada setiap aras Piramid Makanan.
Ø  Digalakkan memilih menu yang berlainan dari hari ke hari.
Ø  Cuba makanan yang anda tidak biasa makan.


PANDUAN UNTUK MENIKMATI LEBIH BUAH DAN SAYUR.

§  Makan sekurang-kurangnya ½ cawan sayur pada setiap waktu makan.
§  Makan sekurang-kurangnya satu jenis buah pada setiap waktu makan.
§  Jadikan buah sebagai snek.
§  Makanlah ulam dan salad bersama hidangan anda.





PANDUAN UNTUK MAKANAN BERGORENG DAN BERLEMAK

v Pilih nasi putih berbanding nasi beriani, nasi minyak atau nasi lemak.
v Pilih makanan yang dipanggang, dibakar, dikukus atau direbus berbanding makanan bergoreng.
v Kurangkan mengambil kuah yang berlemak. Asingkan lebihan minyak dari kuah.
v Makan daging tanpa lemak dan ayam tanpa kulit.
v Utamakan makanan tanpa santan.
v Kurangkan sapuan mentega atau marjerin pada biskut/ roti/ jagung.
v Minta dikurangkan mentega/ marjerin pada hidangan apabila membuat pesanan


PANDUAN UNTUK MENIKMATI BIJIRAN PENUH, LEGUM, KEKACANG DAN BIJI-BIJIAN

a)     Makan sarapan bersaskan bijiran penuh seperti oat, jagung dan capati.
b)    Cuba gantikan atau campurkan nasi putih dengan nasi beras perang.
c)     Makan makanan berasaskan legum seperti tauhu, tempe dan kacang panggang beberapa kali seminggu




Kurang Lebih Baik


PANDUAN UNTUK MENGURANGKAN PENGAMBILAN GULA

1.    Minum air kosong untuk menggantikan minuman yang manis, sirap, kordial dan minuman berkarbonat.
2.    Pilih buah-buahan segar unutk menggantikan kuih muih yang manis, biskut berkrim, gula-gula atau coklat.
3.    Pilih makanan yang kurang gula. Baca label untuk mengetahui kandungan gula.
4.    Mitan dikurangkan gula atau susu pekat manis apabila membuat pesanan minuman.





APAKAH ITU KERACUNAN MAKANAN?

Keracunan makanan adalah penyakit yang berlaku akibat memakan makanan yang telah tercemar .


BAGAIMANA MAKANAN BOLEH TERCEMAR?

v Menggunakan bahan mentah yang tercemar dengan kuman.
v Menyediakan makanan dengan cara yang tidak bersih.
v Menggunakan peralatan yang kotor.
v Menghidangkan makanan dengan cara yang tidak bersih.
v Menyimpan makanan dengan cara yang tidak sempurna.




TANDA-TANDA DAN GEJALA KERACUNAN MAKANAN
ü  Loya dan muntah.
ü  Memulas dan sakit perut.
ü  Cirit-Birit.
ü  Sakit di bahagian perut (abdomen)

BAGAIMANA MENCEGAH KERACUNAN MAKANAN

A.   Percayakan Deria Anda
·        Lihat – Rupa (berlendir), warna berlainan dari biasa, lihat tarikh luput dan bentuk (makanan dalam tin).
·        Bau – Berbau tidak enak dan kurang menyenangkan.
·        Rasa – Mempunyai rasa yang pelik dan basi.




B.     Pilihlah Makanan
·        Yang masih panas dan segar
·        Yang tidak berbau (tidak di hinggapi lalat atau serangga)
·        Tidak berbau masam dan tidak busuk
·        Tidak berlendir
·        Tidak berubah warna
·        Tidak berasa masam
·        Makanan yang dibungkus dengan bahan yang bersih
·        Makanan yang diambil dengan peralatan yang bersih


C.     Cuci Tangan Dengan Sabun Dan Air Bersih
·        Sebelum memegang makanan.
·        Selepas ke tandas.
·        Selepas bermain.
·        Selepas memegang kotoran atau bahan tercemar. 





Gula mengakibatkan Kecing Manis. Jadi hati-hati kerana kesihatan itu merupakan anugerah tuhan.