DEMAM DENGGI


PENYAKIT DEMAM DENGGI?

ˉ          Dijangkitkan melalui gigitan nyamuk Aedes
ˉ          Disebabkan oleh virus Flavivirus
ˉ          Penyakit ini sangat merbahaya jika tidak dirawat dengan segera kerana:
ü  Belum ada ubat yang khusus.
ü  Rawatan hanya diberi untuk mengubat gejala penyakit seperti demam.
ü  Boleh membawa maut.

      -     Kebanyakan kematian terjadi di kalangan kanak-kanak.


TANDA-TANDA DEMAM DENGGI
§  Demam kuat yang mengejut
§  Sakit sendi-sendi dan tulang
§  Sakit belakang biji mata
§  Ruam
§  Sakit kepala
§  Tiada selera makan
§  Pendarahan dibawah kulit pada hidung dan gusi
§  Sakit perut
§  Muntah


NYAMUK AEDES
~        Badan dan kakinya berbelang hitam dan putih
~        Mengigit sepanjang hari TETAPI waktu lebih aktif mengigit ialah diwaktu senja dan awal pagi
~        Membiak di dalam air jernih di dalam dan di luar premis.
~        Kitaran hidup nyamuk ialah (7-10 Hari)
~        Telur nyamuk aedes:
§  Melekat di dinding bekas
§  Tahan tanpa air selama (6-12) bulan
§  Menetas sebaik sahaja bekas dipenuhi air
~        Sekali dijangkiti virus, nyamuk :
§  Akan kekal berkuman sepanjang hayatnya
§  Boleh memindahkan virus kepada telur dan jentik-jentik


TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN



·        Canvas/ tikar getah /plastik

·        Pelbagai jenis tin buangan

·        Tayar terpakai

·        Tempat pembuangan sampah


TINDAKAN ANDA DALAM MENCEGAH PEMBIAKAN AEDES
Ø  Lakukan pemeriksaan di sekitar premis anda setiap minggu
Ø  Memeriksa luar premis terutama selepas hujan
Ø  Bunag sampah di tempat yang disediakan / dikhaskan bukan di merata tempat seperti di tanah lapang





Tidak peduli.. Maut Menanti