DADAH



APA ITU DADAH?

DADAH ialah bahan psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan makbuk, khayal, ketagih, gangguan tingkah laku dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

CIRI-CIRI DADAH

~        Kesan ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).
~        Pergantungan fizikal dan psikologi.
~        Kesan-kesan buruk ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
      ~     Digunakan bukan untuk tujuan perubatan.



TANDA AWAL PENGAMBILAN DADAH

·        Ponteng sekolah.
·        Cepat meradang.
·        Memencilkan diri.
·        Mengelak daripada tanggungjawab.
·        Mata beair.
·        Kemorosotan rupa paras dan penampilan diri.
·        Meminta wang berlebihan.
·        Mencuri barang yang mudah dijual.
·        Hilang selera makan dan berat badan menurun.
·        Menunjukkan perubahan sikap dan kelakuan.



SEBAB PENGAMBILAN DADAH

§  Ingin Mencuba.
§  Terikut-ikut.
§  Amalan Budaya.
§  Tekanan.
§  Bagi tujuan merawat penyakit.
§  Menigkatkan kawalan diri dan prestasi.



KESAN BURUK DADAH

ü  Merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).
ü  Dalan keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan pertimbangan badannya.
ü  Mengakibatkan kematian mengejut.
ü  Risiko jangkitan HIV/AIDS, Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi.
ü  Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran, kelahiran bayi sonsang, lahir belum cukup bulan, kematian bayi semasa lahir atau melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat.
ü  Melemahkan dan merosakkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah.
ü  Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat.

PENCEGAHAN

Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah?
Ø  Percaya pada diri sendiri.
Ø  Berkemahiran menyesuaikan diri.
Ø  Berkemampuan bangkit dari kegagalan.
Ø  Berkeupayaan mengasah kekuatan diri.
Ø  Menghargai kesihatan.
Ø  Membina minat dan aktiviti yang baru.
Ø  Matang dalam fikiran.
Ø  Sokongan berterusan daripada keluarga.
Ø  Mendapatkan latihan menjadi efektif, sokongan masyarakat, dan pembangunan kerohanian diri.




RAWATAN

Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Rawatan termasuk:
1.      Detoksifikasi
·        Menghilangkan kesan dadah di dalam badan.
2.      Terapi Kelakuan
·        Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan.
3.      Kaunseling
·        Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah.



Kumpulan Sokongan

a)     Agensi Anti Dadah Kebangasaan.
b)    PEMADAM
c)     PENGASIH
d)    Pakar kaunseling penagihan dadah
e)     Pakar psikologi
f)      Ibubapa
g)     Gur Sekolah



BERSATU KE ARAH MALAYSIA BEBAS DADAH!

INGAT!!!!