HIV DAN AIDS

APA ITU HIV / AIDS ???

HIV ( Human Immunodeficiency Virus )

v Sejenis virus yang menyerang sistem ketahanan badan manusia sehingga ia tidak berupaya melawan serangan penyakit. Orang yang dijangkiti HIV selalunya kelihatan normal (tidak sakit) dan tidak sedar dia telah dijangkiti virus ini. Ini adalah kerana virus ini mungkin memerlukan beberapa tahun untuk melumpuhkan sistem ketahanan sehingga seseorang itu jatuh sakit. Virus HIV memerlukan sel manusia untuk membiak dan virus ini juga menyebabkan AIDS.


AIDS ( Acquired Immune Deficiency Syndrome )

vMerupakan peringkat akhir jangkitan HIV bilamana ketahanan badan telah lumpuh dan seseorang itu diserang penyakit-penyakit serta barah tertentu (AIDS defining condition) seperti:
§  Hilang berat badan (melebihi 10%)
§  Cirit birit berpanjangan
§  Jangkitan paru-paru Pneumocystis Carinii
§  Jangkitan Cytomegalovirus (paru-paru, otak dan retina)
§  Tibi
§  Jangkitan Fungus seperti Candida dan Histoplasma
§  Jangkitan Toxoplasma otak
§  Jangkitan Herpes Simplex seperti Cryptococcus, Microsporidium dan Isospora.
§  Barah seperti Kaposi Sarcoma dan Limfoma




BAGAIMANA DIJANGKITI HIV ?


v Tiga cara utama HIV menjangkiti manusia:
1.      Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti HIV.
2.      Perpindahan darah yang dijangkiti melalui perkongsian jarum suntikan dadah atau melalui transfusi darah yang dicemari virus ini.
3.      Dari ibu yang dijangkiti HIV kepada kandungannya sebelum dan semasa bersalin serta melalui penyusuan badan.




CARA UNTUK KEKAL SIHAT

Anda boleh kekal sihat dengan pelbagai cara. Ini adalah antara cara-caranya :
o   Pergi mendapatkan rawatan segera.
o   Mulakan rawatan segera.
o   Ikut preskripsi yang diberikan oleh doktor anda.
o   Jika anda mendapatkan alahan terhadap ubatan, dapatkan nasihat doktor. Jangan membuat perubahan sendiri atau mengikut nasihat orang lain.
o   Dapatkan imunisasi untuk mencegah jangkitan pneumonia dan selesema.
o   Berhenti jika anda merokok atau menagih dadah.
o   Makan secara sihat.
o   Bersenam selalu.
o   Dapatkan rehat dan tidur secukupnya.




" Walaupun anda positif HIV, anda masih boleh menjalani hidup dengan baik. Amalkan cara hidup yang sihat untuk kekal sihat. "


“ Ujian Saringan HIV dan rawatan boleh didapati di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan berdekatan anda. “