APA ITU ALKOHOL?
Sejenis minuman keras, juga dikenali sebagai arak yang menyebabkan mabuk dan ketagihan. Arak juga boleh menghilangkan kewarasan akal untuk berfikir.
KESAN TERHADAP KESIHATAN
Kesan jangka pendek:
v Hilang rasa malu
v Pertuturan menjadi tidak lancar
v Mudah marah
v Hilang imbangan semasa berjalan
v Kecelaruan fikiran
v Tidak sedarkan diri
v Hilang ingatan
Kesan jangka panjang
v Gangguan sistem penghadaman seperti:
Gastritis/ ulser peptik, muntah darah, pancreatitis, kanser usus dan kekurangan zat makanan.
v Gangguan sistem kardiovaskular seperti:
Darah tinggi, strok/ angin ahmar, kerosakan otot jantung.
v Kesan-kesan psiko-sosial seperti:
Kemurungan, cemburu tidak bersebab, kecenderungan membunuh diri dan perubahan personaliti.
KESAN TERHADAP WANITA
Kemandulan dan gangguan haid dan kesan terhadap janin yang dikandung (fetal alcohol syndrome) iaitu:
~ Berat badan lahir bayi rendah
~ Ukuran kepala bayi kecil
~ Terencat akal
~ Rupa paras yang cacat
KESAN ALKOHOL TERHADAP REMAJA
§ Gangguan kesihatan
§ Proses pembelajaran terganggu
§ Tidak dapat memberi penumpuan terhadap pelajaran
§ Ponteng sekolah
§ Prestasi pembelajaran merosot
§ Terlibat dengan masalah kenakalan
§ Tekana ekonomi
§ Terlibat dengan jenayah
Penuhi masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah:
Ø Besenam, beriadah dan berekreasi
Ø Tingkatkan komunikasi dalam keluarga
Ø Meningkatkan amal ibadah
Ø Kendalikan masalh dengan berkesan
Ø Dapatkan nasihat dan ibu bapa atau guru-guru
Ø Jauhi tempat-tempat maksiat
Ø Dapatkan kaunseling atau tunjuk ajar dari mereka yang lebih berpengalaman