Tuesday 29 May 2012

Takwin Kelab Prostar bagi Tahun 2012

RANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SEPANJANG TAHUN 2012


ü  PENGENALAN PROGRAM PROSTAR, LAGU DAN IKRAR
ü  REMAJA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
ü  REMAJA BERKETERAMPILAN SIHAT
ü  KESIHATAN SEKSUAL DAN REPRODUKTIF
ü  KESIHATAN PEMAKANAN
ü  KESIHATAN MENTAL
ü  REMAJA MINDA SIHAT
ü  KESIHATAN PERSEKITARAN
ü  REMAJA BIJAK BERKOMUNIKASI
ü  MESYUARAT AGUNG PROSTAR



Monday 28 May 2012

PENGENALAN LAMAN WEB RASMI KELAB PROSTAR SMK IMPIAN EMAS JOHOR BAHRU



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada anda semua yang sedang membaca 
"LAMAN WEB RASMI KELAB PROSTAR SMK IMPIAN EMAS JOHOR BAHRU"!

Selamat Datang! kami ucapkan kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk membaca disamping menambah ilmu pengetahuan yang terdapat di dalam blog ini. 


Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya Ahli Kelab Prostar SMK Impian Emas telah berjaya menubuhkan dan mengembangkan lagi ahli kelabnya di laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Terlebih dahulu kami ingin memperkenalkan Laman Web Rasmi bagi Kelab Prostar Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas Daerah Johor Bahru. Ia merupakan laman blog kelab prostar sekolah yang pertama diwujudkan. Kami amat berbangga dengan pencapaian yang telah dilakukan bersama-sama dan kegigihan ahli-ahli kelab tanpa mengenal erti putus asa dalam mencipta blog ini.




Semasa kami membuat blog ini, Kami dapat belajar mengenai semangat kerjasama antara ahli tanpa mengira agama, kaum dan bangsa yang merupakan kayu ukur untuk kami terus maju ke hadapan. Saya juga amat berterima kasih kepada Guru kelab Prostar SMK Impian Emas iaitu Puan Zurita binti Mamat kerana telah bersusah payah untuk membantu kami menyiapkan blog ini. Tidak lupa juga terutamanya kepada anda semua terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa memberi sokongan dan galakkan kepada kami. Insyallah satu hari nanti Laman Blog Kelab Prostar SMK Impian Emas akan menjadi laman yang digemari semua. Teruskan menyokong kami dan jangan malu-malu di dalam blog ini kerana kami suka orang yang ingin berkongsi pendapat untuk kepentingan bersama.


Akhir kata daripada saya, terima kasih kepada pegawai-pegawai PPDa Johor Bahru kerana memberi peluang kepada kami untuk memperkembangkan dan memperluaskan Kelab Prostar SMK Impian Emas. Dengan adanya laman blog ini kelab prostar akan lebih terus di kenali di mata dunia.


Sekian Terima Kasih,


Ikhlas daripada Kami,
Khairul Amirin Bin Zulkernain Dan Muhammad Qurnia Amirul Mohd Radzi


Assalamualaikum dan jangan lupa follow blog ini kawan-kawan. Anda memang terbaik!!! ^_^